Sulit
3 tahun
Masalah zakar sukar mengeras
Saya rayjunior,berumur 27th…zakar saya lemah dan tidak mengeras seperti biasa semasa saya melancap,dan sy amat risau adakah zakar saya mati pucuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan masalah zakar yang tidak mengeras sewaktu melancap. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak tuan, mati pucuk adalah masalah apabila lelaki mengalami kesukaran untuk menegangkan zakar atau mengekalkan ketegangan zakar semasa hubungan seksual.
Melancap adalah satu perbuatan yang tidak disarankan dari segi psikologi dan fizikal. Perbuatan melancap terutamanya jika dilakukan tanpa pelincir atau dengan kasar boleh mencederakan zakar.
Perbuatan ini juga boleh menyebabkan anda semakin tidak sensitif dengan stimulasi yang anda berikan sendiri menyebabkan anda sukar mencapai ketegangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk tidak meneruskan perbuatan ini. Anda boleh rujuk masalah ini kepada doktor untuk bantuan lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian dan maklumat peribadi anda akan dijaga.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.