Anonymous
5 tahun
Morning after pill after sex
Do I have to take the pill
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan soalan Puan, Morning after pil adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil pil, ia akan menggangu kitaran haid Puan. Bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih