Sulit
3 tahun
Nak minum kopi tapi takut trigger migraine
Salam. Saya berusia 25 tahun. Soalan saya bolehkah orang yang ada sakit migrain minum caffeine seperti kopi setiap hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui sekiranya individu minuman kafein setiap hari boleh mencetuskan gejala migrain anda. Kami akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda, migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala yang berulang yang sering di alami oleh 1 dari 4 wanita. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mencetus gejala migrain, antaranya termasuk
- makanan seperti coklat, buah-buahan sitrus, keju dan kacang
- minuman mengandungi kafein dan alkohol yang tinggi
- persekitaran seperti asap rokok, cahaya terang dan bunyi bising
Kegagalan untuk mencegah faktor-faktor pencetus migrain atau tidak mendapatkan rawatan yang khusus boleh menyebabkan komplikasi migrain yang lebih serius.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.