Sulit
4 tahun
Obesiti dan haid tidak teratur
Hai doktor. Saya wanita berumur 25tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah obesiti dan masalah haid sehingga memerlukan saya ambil sunolut tablet setiap bulan untuk memastikan haid saya lancar. Saya juga ada masalah rambut gugur sehingga hampir botak. Saya ada berjumpa doktor di klinik dan doktor mendiagnosis saya mengalami pcos tetapi beliau hanya menyarankan saya agar menurunkan berat badan tanpa memberi prekepsi ubat. Saya sudah cuba bermacam jenis diet namun masih gagal untuk menurunkan berat badan. Berat saya seolah-olah statik walaupun saya cuba berdiet. Apakah yang perlu saya lakukan? Dan apa saranan doktor untuk saya? Bantulah saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Bagi mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk mengamalkan perkara berikut:
- Pemakanan yang seimbang dan sihat yang mengandungi kalori yang mencukupi ( Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan anda)
- Menyertai kumpulan kurang berat badan di komuniti anda.
- Lakukan aktiviti seperti lari, jogging ataupun berenang sebanyak 150 hingga 300 minit seminggu.
- Makan sedikit tetapi lebih kerap dan elakkan situasi di mana anda akan makan secara melampau
Sekiranya pelbagai cara yang telah dilaksanakan untuk menurunkan berat badan tetapi anda masih gagal, terdapat pilihan seperti ubat, Orlistat atau pembedahan. Bagi mengetahui samada pilihan yang paling bersesuaian, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.