nurul.nadhia9025
5 tahun
Opk positif tapi upt negatif
Saya wanita berusia 29tahun… Saya baru berkahwin 3/3/18… Saya belum mempunyai anak… Soalan saya adalah… Saya mengalami gejala kehamilan… Perut kram… Keluar darah pink sedikit Selama 2hari… Sakit belakang dari paras pinggang hinges ke tulang punggung… Mual… Rasa tidak Selesa… Pening… Hari2 perut kram… Sakit bawah perut… Sakit kiri Dan kanan perut… Tapi bila test upt negatif… Saya tak datang period 2bln… Saya check opk positive Selama tidak datang period… Line terang untuk T & C… Tidak ada sehari tidak terang… Tapi bila pakai upt selalu negatif… Adakah saya hamil?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Test ovulasi mengesan hormon LH iaitu hormon untuk permatangan telur di ovari, jika hormon itu sentiasa tinggi, ini mungkin menjadi sebab anda tidak haid. Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.