Sulit
3 tahun
Pendarahan sedikit tetapi lama, darah berwarna coklat
Salam, saya wanita 20an, sebelum ni saya alami masalah period yang tak teratur dan baru brkahwin, bln ni saya dapati sy tidak dtg period, lewat 1 minggu. Namun hari ke 8 @ 9 ada darah keluar di bahagian intim sy dalam kuatiti yg sedikit, dan warna lebih gelap dr darah period sebelum ni, seakan-akan coklat, perut rasa krem, tp tak kuat macam segugut sbelum ni, namun setelah sy kira, jmlah hari melebihi 3 hari. Jadi sy keliru, adakah itu darah period, atau ada tanda2 sakit lain, rata2 tanda hamil proses implantasi, waktunya tak panjang… Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan pendarahan berwarna coklat yang berpanjagan.
Untuk pengetahuan anda, gejala keluar cecair warna coklat atau kehitaman, boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.