
Sulit
5 tahun
Penyakit herpes type 1 Igg 24
Saya wanita berusia 39 tahun.Sudah berkahwin.Ini adalah perkahwinan kedua saya…Saya mengalami simptom sakit pada bahagian kanan perut ke bawah sehingga ke belakang…Saya telah menjalankan ujian darah secara keseluruhan…
Untuk ujian darah vdrl tpha keputusan untuk herpes adalah abnormal dengan bacaan Igg 24…
Saya ada ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan…Doktor beritahu saya tidak memerlukan ubatan kerana herpes tersebut telah menjadi antibodi pada saya…
Di sini saya ingin bertanya beberapa soalan
Adakah ujian darah saya dapat mengesan semua penyakit kelamin - vdrl tpha adalah negatif
Benarkah saya tidak memerlukan ubatan antiviral
Bagaimana saya boleh berjangkit sedangkan saya tidak menjalankan aktiviti seksual yang tidak sihat
Adakah saya boleh menjangkiti pasangan saya walaupun saya tidak mempunyai simptom
Adakah pasangan saya perlu untuk menjalankan ujian darah yang sama walaupun dia juga tidak mempunyai simptom
(pasangan sekarang adalah perkahwinan ke dua saya)
Apakah kesan penyakit saya kepada saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, keputusan ini menandakan anda telah terdedah kepada penyakit ini pada masa lampau namun tidak memerlukan rawatan kerana ia bukan jangkitan pada masa kini. Memandangkan ia tidak aktif, suami anda tidak memerlukan ujian saringan yang sama. Ujian tersebut hanya diperlukan jika anda mengalami jangkitan yang aktif.
Pihak kami tidak boleh mengulas mengapa anda terdedah kepada penyakit ini kerana ia berjangkit melalui aktiviti seksual atau ciuman pada kanak-kanak yang mengalami penyakit tersebut kerana kanak-kanak sering terdedah kepada ciuman daripada pesakit dewasa.
Pihak kami juga tidak boleh mengulas tentang ujian darah anda telah meliputi semua penyakit kelamin atau sebaliknya kerana kami tidak memiliki maklumat makmal di Malaysia.
Anda boleh melakukan hubungan kelamin dengan pasangan kerana anda tidak memiliki sebarang jangkitan kelamin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.