Sulit
2 tahun
Perbezaan Vaksin Utama Dengan Vaksin Booster
Hello doc, saya penerima vaksin dos-1 sejak 6 bulan lepas, saya tidak melengkapkan vaksin ke-2 kerana terdapat alasan yang tertentu. namun saya bercadang untuk mendapatkan vaksin booster secara walk-in jika dibenarkan. saya tertanya-tanya apakah perbezaan antara vaksin utama dengan booster dari segi penggunaan dosage(bagi Sinovac). adakah ia sama saja? dan apakah status vaksinisasi saya selepas itu? adakah dikira mengambil dos-2 juga walaupun namanya booster vaccine? terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, dos vaksin utama Sinovac ialah 0.5 ml untuk setiap vaksin. Vaksin Sinovac mesti diberi sebanyak dua kali, dan dos kedua disarankan untuk diambil 3 minggu selepas yang pertama. Dos booster (penggalak) Sinovac ialah sama dengan dos vaksin utama.
Anda tidak akan dapat menerima dos penggalak tanpa melengkapkan kedua-dua dos utama terlebih dahulu. Aplikasi MySejahtera tidak akan dapat mengemas kini maklumat dengan betul dan kakitangan yang menyediakan dos penggalak tidak akan dapat memberikannya untuk anda.
Saya faham bahawa anda telah mengambil dos pertama pada 6 bulan lepas, tetapi anda boleh membuat temujanji dengan mana-mana klinik kesihatan atau pusat vaksinasi berdekatan untuk menerima dos kedua anda sebelum anda layak menerima dos penggalak.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.