Sulit
3 tahun
Period 2x sebulan tapi
Assalam , cuma nak bertanya kut ada pengalaman yg sama…
Saya bersalin tahun 5/2020 . Lps bersalin 6bulAn pertama x dtg period. Lps 6bulan tu period dtg cAntik. Start x silap 6-7 bulan mcmtu period jd 2x sebulan. Tibe2 bulan ni 12/21 dah x period 2x . Last period hari pertama 2/12. Sepatut klu period 2x minggu ni saya dh period blik. Tp x period dan saya rasa sakit kt ari2 dh seminggu… saya masih bf ank saya, kkdg rasa ngilu kt kilang breast. Dh check upt tp negetive. Knpe ye? Nk cek klinik tkut awal sgt .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita mengalami masalah haid tidak teratur:
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Tekanan emosi atau stres
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Penggunaan ubat-ubatan seperti pil perancang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai haid yang datang dua kali dalam sebulan beserta senggugut, ia dikenali sebagai spotting di mana ia dikenali sebagai pendarahan di antara dua waktu haid. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan spotting :
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Kecederaan atau trauma pada dinding faraj
- Penggunaan perancang keluarga seperti IUCD
- Kanser rahim atau pintu rahim (serviks)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.