Sulit
3 tahun
Period berpanjangan & keluar darah sikit2
Doctor. Saya dh berkahwin. Belum ada cahaya mata lg. Umur saya dah nk masuk 45 tahun. Sebelum ni period saya hanya 25@26 hari je. Bulan 9 saya period 1/9—5/9…bulan 10 ni saya period 3/10 sampai skrg 12/10 masih period tp sikit2 je… Hari pertama hgga ke hari 3 mmg byk darah… Time tu mmg saya selalu sakit perut (senggugut). Selalunya period sampai 4-5 hari dah habis… Apakah masalah period saya ni doctor… Perlukah saya pergi ke klinik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Fibroid dalam rahim
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.