Sulit
3 tahun
Period sedikit tapi berpanjangan
sy berusia 20an, period sy dh hampir sebulan tp cuma terlalu sedikit, dan yg merisaukan sy lendir darah akn keluar dari faraj ketika perut sy ditekan.? perut sy agak buncit dan kdg2 sakit. berat sy 75kg
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Fibroid dalam rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.