Sulit
3 tahun
Pesakit lumpuh sebelah kiri
Salam/Selamat sejahteta
Mak sy stroke sebelah kiri sudah hampir 4 tahun, pelbagai kaedah digunakan termasuk fisio,urut,minyak,makanan dan minuman masih tiada perkembangan.Mak bergantung pada kerusi roda 100% dan hanya boleh bangun dan duduk sahaja.Mak menghidapi kolestrol dan darah tinggi umur 58, selain habis ribuan ringgit dan pelbagai temu janji dr hospital, apakadh cadangan dari dokter yang patut sy lakukan. Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, istilah strok/serangan angin ahmar ialah penyakit dimana sel organ otak tidak mendapat oksigen secukupnya sehingga menyebabkan sel tersebut mati dan menjejaskan fungsi bahagian otak tersebut. Antara penyebabnya ialah masalah darah beku atau kolestrol yang menutupi salur darah, salur darah otak pecah akibat tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi.
Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk penyakit strok namun bergantung pada punca sebenar masalah strok ibu anda. Kami memerlukan maklumat yang menyeluruh sebelum menyarankan apa-apa rawatan yang bersesuaian.
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.