Sulit
2 tahun
Pil ella dan kelewatan bila mengambilnya
Saya dan pasangan saya telah melakukan hubungan seks pada 19/7 dan dia telah lewat mengambil pil ella tersebut pada 25/7 iaitu pada tarikh periodnya yang sepatut 21/7 , adakah ini boleh menyebabkan pasangan hamil? Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang kesan kelewatan mengambil pil ella. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, pil ella adalah pil perancang kecemasan. Ia boleh mengurangkan risiko kehamilan selepas seks tanpa perlindungan jika diambil seawal mungkin sehingga 5 hari atau 120 jam selepas hubungan seks. Keberkesanan pil ini semakin berkurangan semakin lewat pil ini diambil.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengambilnya pada hari ke 6 selepas hubungan dengan pasangan. Dan ini adalah di luar waktu jangkaan keberkesanan pil ini. Oleh itu, terdapat risiko kemungkinan kehamilan berlaku.
Namun begitu, haid lewat bukan sahaja boleh disebabkan oleh kehamilan. Ia juga boleh berlaku kerana:
- Tekanan atau stress
- Perubahan jadual waktu harian yang sibuk
- Kesan ubat-ubatan
- Pengambilan kontraseptif hormon
- Masalah tiroid
- Perubahan berat badan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah
Oleh itu, sekiranya haid anda masih tidak datang anda boleh melakukan ujian kehamilan atau merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca haid lewat anda.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami untuk konsultasi secara atas talian bagi penerangan lanjut.
Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.