
maisarahmarzuki07
5 tahun
Punca berlakunya herpes
Hi. Sy ingin bertanya, herpes boleh merebak melalui pencukur dan keadaan toilet yang tidak bersih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Herpes boleh merebak sekiranya anda tidak sengaja melukakan kulit dan darah melekat di pencukur tersebut.
Menyentuh cecair dalam ulser kudis herpes atau berkongsi barang dengan individu yang dijangkiti HSV terutamanya dalam fasa jangkitan aktif mungkin menyebabkan sebaran jangkitan kepada seseorang yang sihat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.