Sulit
3 tahun
Purut kembung dan air liur berdarah selepas makan dan bangun tidur
Hi doktor, saya lelaki berumur 34 tahun. Sejak dua bulan kebelakangan, saya mengalami masalah gastrik dan kembung perut. Simptom yang saya alami ialah saya akan berasa dada tidak selesa, mulut berasa masam dan sentiasa sendawa dan kentut. Biasanya berlaku selepas makan. Air liur akan bercampur dengan sedikit darah selepas makan dan bangun dari tidur. Waktu tidur malam asyik terganggu kerana sering terjaga secara panik dan dada selalu rasa berdebar. Apa yang boleh saya buat untuk hindari dari masalah kesihatan ni?
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan gastrik dan perut kembung. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Selain itu, air liur berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan bakteria pada gusi
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air. Anda disarankan untuk minum air secara kerap
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.