Sulit
4 tahun
Rawatan ulser mulut dengan garam
Selamat petang doktor. Saya ada soalan mengenai home remedies untuk ulser. Mak saya selalu paksa saya berkumur dengan air garam or letak garam dekat ulser tu and it is so painful! Soalan saya, macam mana garam yang menyakitkan ni boleh menyembuhkan ulser, doktor? Curious saya. Thank you
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma
- Dehidrasi
- Inflammatory bowel disease
- Sistemik Lupus Eritematosus
Selain mendapatkan rawatan ubat, saya galakkan untuk anda
- Minum banyak air putih
- Jaga kebersihan mulut
- Berkumur dengan air garam kerana garam boleh mematikan kuman yang menyebabkan sakit ulser tersebut
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.