ainfaizar25
4 tahun
Sakit bahagian mulut hingga ke telinga dan kepala
Saya wanita dalam 18 tahun. Sakit yang saya alami adalah sakit bahagian dalam pipi seperti ada ulssr dan sakit itu hingga ke telinga dan kepala disebelah kanan sahaja. Itu macam mana ye. Bole doktor terangkan.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ulser ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.