Sulit
3 tahun
Sakit dada,gelisah dan suspek hipertiroid
Pada bulan lepas doktor bagitahu yang saya mempunyai sakit hipertiroid dan doktor mengambil darah saya untuk menjalankan ujian hipertiroid.Namun keputusannya pada hujung bulan ini.Sejak sebulan lepas saya kerap sakit dada,panic attack,menggigil,sukar tidur,gelisah dan badan saya panas tetapi suhu normal.Betulkah simptom hipertiroid seperti yang saya alami ni?Apakah makanan untuk dielakkan jika saya mempunyai sakit hipertiroid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tanda hipertiroid merangkumi banyak sistem tubuh badan dan juga organ. Hal ini kerana, hormon ini disampaikan melalui saluran darah dan memberi impak kepada organ sekeliling. Antara simptom yang akan dihadapi oleh pesakit adalah seperti berikut:
- Jantung berdebar (melebihi 100 degupan dalam jangka masa seminit)
- Masalah ritma jantung yang tidak sekata
- Kuat makan dan sangat berselera namun kekal kurus atau mengalami penurunan berat badan
- Sering berasa bedebar, resah serta mudah tersinggung
- Kerap dan mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak
- Tangan dan kaki bergetar atau dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor
- Mengalami masalah sukar untuk tidur
- Perubahan dari segi pola perkumuhan iaitu kerap membuang air besar
- Bagi wanita pula, mereka akan mengalami perubahan dari segi kitaran haid
- Kurang fokus dan mengalami masalah konsentrasi
- Mengalami rambut yang nipis dan rapuh
- Mengalami penipisan kulit
Bagi mengesahkan seseorang itu mengalami masalah hipertiroid, beberapa siri pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pengambilan sejarah sakit serta pemeriksaan fizikal perlu untuk dilakukan. Setelah itu, pesakit akan melakukan ujian darah dan pengimejan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.