Anonymous
5 tahun
Sakit tengkuk sebelah kanan
Saya wanita berumur 32 tahun sudah berkahwin. Soalan saya, saya kerap sakit dibahagian tengkuk sebelah kanan. Dan bila sakit datang saya akan rasa pening dan mual. Apabila saya tekan dibahagian tersebut, saya rasa ada urat sedikit timbul dan membuatkan saya sendawa. Terima kasih doktor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai punca masalah sakit tengkuk. Antaranya:
- Masalah postur badan yang tidak betul
- Masalah kedudukan struktur tulang
- Masalah saraf dan otot
Untuk makluman pihak anda sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan. Antara jenis sakit kepala ialah:
- Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman. Ia juga menyebabkan mual dan loya.
- Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
- Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaja, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.