Sulit
4 tahun
Saya kerap rasa ingin pitam. Adakah itu tanda saya mengalami tekanan darah rendah? Apakah bacaan normal untuk tekanan darah?
Saya seorang perempuan berusia 23 tahun. Sejak kebelakangan ini saya seringkali rasa ingin pitam. Bacaan tekanan darah saya ialan 82/66. Adakah itu bacaan normal untuk seorang perempuan macam saya? Dan adakah stress melampau boleh menyebabkan tekanan darah rendah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi bacaan tekanan darah yang normal untuk systolic (bacaan bahagian atas) adalah 80-120, manakala untuk bacaan diastolic (bacaan bahagian bawah) adalah 60-80.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.