Sulit
3 tahun
Saya nak tanya tetang penyakit Thyroid
Saya berumur 25 dan saya dapat tahu saya ada masalah thyroid dari umur saya 23… dan dalam umur saya 25 priod saya dah tak datang 4 bulan lebih selepas saya berkhwin… saya nak tanya ada kah perkara itu normal? Dan untuk penyakit saya boleh kah saya mendapat zuriat?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berkenaan masalah haid yang tidak datang selama 4 bulan setelah berkahwin disertai dengan masalah tiroid yang anda alami sejak berumur 23 tahun.
Umumnya gejala haid anda boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Penyusuan atau kehamilan
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala tidak datang haid sehingga 4 bulan itu juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Gangguan kitaran haid lazimnya mempengaruhi kesuburan seorang wanita. Namun, terdapat banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang hal ini, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar penilaian dan bimbingan yang lebih komprehensif dapat dilakukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.