Sulit
3 tahun
Sejuk Selepas rawatan dialisis
Hi Dr. Saya ingin bertanya adakah biasa bagi seorang pesakit dialisis me rasa sejuk selepas dialisis? Tetapi tidak menunjukkan tanda demam. Cuma badan letih dan sedikit panas sahaja namun tidak demam dan muntah.
Apakah tanda biasa yang selalu terjadi kepada pesakit dialisis?
Ayah saya dialisis menggunakan ijc.
Terima kasih dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda ingin mengetahui tentang kesan yang berlaku kepada seseorang selepas melalui proses dialisis. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, antara gejala yang boleh dialami selepas prosedur dialisis adalah :
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Kesejukan
- Demam
- Tekanan darah rendah
- Mual dan muntah
- Sakit dada
Memandangkan ayah anda mempunyai masalah buah pinggang, berkemungkinan terdapat penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan keadaan beliau dan memerlukan pemerhatian doktor. Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih