Sulit

3 tahun

Selepas buat Pap Smear Test, result terdapat jangkitan Bakteria Vaginosis

Sy baru merancang utk kehamilan setelah anak berusia 3 tahun dan telah memasang IUCD pada 08/2021. Selepas memakai IUCD, kitaran haid sy tidak teratur dari kebiasaan. Dimana period saya akan datang dlm tempoh 2 minggu dari kebiasaan cuma seminggu. Ujian pap smear pada 10/21 mendapati terdapat jangkitan bakteria vaginosis. Adakah bakteria ni berbahaya pada kesihatan sy? Sy risau dan asyik memikirkan perkara ni setiap hari.

Utk makluman doktor sy pernah melakukan seks sebelum berkahwin. Pada 2016 sy telah menjalani ujian HIV test sebelum berkahwin dan result negatif.

Adakah ini salah satu punca jangkitan saya? Atau adakah jangkitan ini disebabkan sy memakai IUCD?

Sekiranya jangkitan disebabkan IUCD perlu ke sy keluarkan? Saya takut dan risau… Sy asyik memikirkan perkara ni setiap saat

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Kedua-dua bakteria “baik” dan “buruk” tinggal di dalam vagina anda. Terdapat banyak jenis bakteria hidup di kawasan tersebut. Sekiranya keseimbangan di antara mereka terjejas, anda boleh mendapat jangkitan yang dikenali sebagai vaginosis bakterialis untuk jangka masa yang pendek. Namun, anda mungkin tidak mendapat sebarang gejala atau memerlukan sebarang rawatan.

Vaginosis bakterialis adalah jangkitan vagina yang paling biasa dalam kalangan wanita berumur 15-44 tahun . Kebanyakan kes jangkitan ini tidak menyebabkan masalah kesihatan lain. Tetapi ia boleh membawa kepada isu-isu lain, terutamanya apabila anda hamil atau cuba hamil.

Vaginosis bakterialis berlaku apabila ada perubahan keseimbangan bakteria bakteria semula jadi dalam vagina anda.

Apa yang menyebabkan ini berlaku tidak diketahui sepenuhnya, tetapi anda lebih cenderung untuk mendapat jangkitan jika:

  • anda menjalankan hubungan seks yang kerap

  • anda sering bertukar tukar pasangan

  • anda menggunakan alat pencegah kehamilan dalam rahim

  • anda menggunakan produk pewangi di dalam atau di sekitar faraj anda

Untuk pengetahuan anda, vaginosis bakterialis tidak dikelaskan sebagai penyakit jangkitan kelamin (STI), walaupun ia boleh disebabkan oleh hubungan seks. Meskipun begitu, wanita yang tidak mempunyai hubungan seks juga boleh menghidap masalah ini.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

perempuan%205

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)