anismohamad0406
2 tahun
Strok kiri tapi kaki bisa
Saya ada nenek. Dia sakit strok bahagian sebelah kiri. saya taktahu nak cakap dia sakit strok atau sakit saraf sebab dia sentiasa merasakan bahawa ada orang tarik kaki kirinya dan dia meraung kesakitan. Kami juga tidak boleh mengendalikan tangan dan kaki kirinya kerana dia berkata terlalu sakit. Jadi bagaimana cara rawatan yang paling tepat untuk mengatasi bisa di kaki kiri dan kanan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keletihan otot
- Dehidrasi (tidak cukup minum)
- Kekurangan elektrolit (garam dan mineral seperti kalium, magnesium dan kalsium dalam badan)
- Masalah saraf seperti saraf dimanpatkan
- Sekatan dalam bekalan darah
- Tekanan
Saya menyarankan anda supaya merujuk nenek anda kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan serta rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat dan rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.