Sulit
4 tahun
Takut kena stroke,simptom stroke
Doktor,saya nak tanya.saya berumur 17 tahun namun menghidap obes dan ada fatty liver(sekarang saya berada dalam jagaan dan pantauan doktor di hospital daerah)saya takut menghidap stroke.Apa simptom2 stroke dan apa yang harus saya lakukan agar dapat sihat kembali?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Simptom-simptom strok adalah seperti berikut:
- Sakit kepala teruk
- Lemah sebelah badan
- Kesukaran bercakap
- Kesukaran memahami pertuturan orang lain
- Penglihatan menjadi kabur atau gelap
- Jantung berdegup kencang
- Susah bernafas
- Sakit jantung
- Pengsan secara tiba- tiba
Untuk mengelakkan strok, anda harus mengawal faktor risiko yang boleh diubah seperti berat badan berlebihan dan diet yang tidak sihat. Anda disarankan untuk merujuk kepada pakar pemakanan untuk berbincang tentang diet yang sesuai dengan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.