Sulit
2 tahun
Tangan kebas selepas booster pfizer bulan 12
Saya wanita berumur 24 tahun 6 bulan 11 hari mengalami kekebasan tangan bermula sejak seminggu selepas mengambil vaksin booster pfizer. Apakah penyebab ini berlaku disebabkan ketidaklancaran darah disebabkan selepas mengambil suntikkan ? Sebelum ini, saya mengambil dose sinovac tidak pernah mengalami apa-apa gejala seperti sekarang. Rasa kekebasan tangan sebelah kiri sangat mengannggu rutin harian saya. Apakah cadangan atau solusi yang doktor boleh kongsikan? Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian tangan setelah mengambil booster dose. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Oleh itu, jika anda mengalami selain daripada gejala yang saya sebutkan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini