Sulit
3 tahun
Terasa pitam lepas baring
Assalamualaikum dan salam sejahtera dokter,saya remaja lelaki berumur 19 tahun.
Baru2 ini saya alami perubahan kesihatan, sewaktu saya bangun dari katil selepas baring,saya tiba2 rasa nak pitam,telinga saya jadi berdesing kedua2 belah sampai rasa x dengar bunyi,lepastu badan saya jadi lemah dan saya dapat rasa degupan jantung saya menjadi perlahan untuk 1 minit lebih,kepala saya juga terasa macam kebas2 sehingga rasa pitam. Setahun lepas saya juga alami benda yang sama,tapi lagi teruk sebab saya kene 2kali dalam 1 masa. Kenapa jadi macam ini dan perkara ini serius ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypotensi ortostatik ( orthostatic hypotension )
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Masalah mata
Berkenaan hypotensi ortostatik, ia merupakan keadaan di mana tekanan darah seseorang itu turun/ menjadi rendah mengikut posisi seperti duduk, baring ataupun meniarap. Hal akan meneyebabkan pesakit berasa ingin pitam, kabur penglihatan, lemah badan ataupun pening kepala. Namun begitu, pemeriksaan terperinci, sejarah sakit serta hal-hal perubatan lain perlu untuk diambil kira sebelum mendapatkan konklusi/diagnosis tentang masalah anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.