Sulit
2 tahun
Terminum air milo panas yang ada telur lipas
Saya tak perasan ada telur lipas dalam minuman air milo saya. Saya terminum. Apa akan jadi kepada saya? Apa perlu saya buat untuk selesaikan masalah terminum air mengandungi lipas dalam badan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya. Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.