Sulit
3 tahun
Thyroid condition(hyperthyroidism)
Hi doc.I’m 17 y/o ,girl.
Sy telah di diagnosed dgn hyperthyroidism around awal tahun ini.Saya ada simptom yg agak teruk,penurunan berat bdn sebanyak 18 kg, tangan mengigil teruk,palm sweating, pening kepala yg sangat teruk(sy pernah pengsan due to really bad headache).My blood test showed that my thyroid produce too much hormone(around 75).I also pernah warded because my heartbeat so high(100-145)per minuter.After take all the medication that my doc prescribe,ever
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, hipertiroidisme akan meningkatkan kadar metabolisme badan, menyebabkan gejala seperti penurunan berat badan, mengigil, berpeluhan, sakit kepala, pening kepala, degupan jantung pantas, kegelisihan, kelesuan, kelemahan otot, sukar tidur, masalah penglihatan, penonjolan bola mata dan selainnya.
Untuk mengatasi gejala anda, anda perlulah mengikuti preskripsi doktor anda dan mengambil ubat menurun hormon tiroid setiap hari untuk mengawalkan kadar hormon tiroid anda.
Sekiranya anda masih mengalami sebarang gejala selepas pengambilan ubat, mungkinnya dos ubat anda tidak mencukupi. Kami menyarankan anda merujukkan masalah ini kepada doktor anda dengan lanjut, supaya rancangan rawatan anda boleh dibincang semula untuk kesan rawatan yang sebaiknya.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Endokrinologi.