Sulit
2 tahun
Tidak selesa dileher
Tidak selesa Di leher
Sy wanita 32 tahun. Sejak 3 hari ini terasa tidak selesa Di leher… Terasa ketika menelan air liur terasa ada bunyi ketika menelan… Tp tiada masalah untuk menelan makanan…kadang trsa loya asid reflux terasa menaik Di leher n muntah… Pernah ada sejarah hiperteroid
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ini merupakan tanda masalah pada tekak atau kerongkongan anda. Ia merupakan saluran otot yang mengalihkan makanan dan cecair dari bahagian belakang mulut ke perut anda. Biasanya, otot di tekak dan kerongkongan memerah untuk memindahkan makanan dan cecair dari mulut ke perut tanpa masalah. Walaubagaimanapun,terdapat beberapa faktor untuk keadaan anda sekarang ini.Antaranya adalah :
- Penyakit refluks gastroesophageal (GERD).
- Esofagitis.
- Diverticula (kantung kecil di dinding kerongkong)
- Tumor esofagus.
Anda juga menyatakan bahawa anda mempunyai sejarah hipertiroid.Hal ini juga merupakan salah satu faktor untuk ketidakselesaan di leher anda sewaktu menelan air liur atau makanan.Anda haruslah pergi untuk rawatan susulan supaya paras hormon tiroid sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.