Sulit
3 tahun
Tidak tahu waktu mula nak minum
Assalamualaikum
Saya ada beli pil perancang marvelon tapi tidak tahu cara menggunakan nya, bila saya boleh mula minum? Dan jam berapa? Period pun kena minum ke?
Thank you
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, jika anda mengambil pil perancang yang perlu dimakan setiap hari, anda disarankan untuk makan pada waktu yang sama setiap hari. Anda boleh makan pil pada bila-bila masa namun makan sebelum sarapan pagi ataupun sebelum tidur boleh memudahkan anda untuk ingat.
Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk berunding dengan doktor supaya nasihat yang sepatutnya boleh diberikan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.