Sulit
3 tahun
Tonsil ketika awal kehamilan
Saya baru dpt tahu saya mengandung dgn test upt semalam dan sekarang saya sedang kena tonsilitis sejak dua hari lepas. Doktor bg saya ubat antibiotik dan paracetamol. Adakah selamat utk saya makan ? Sebabnya saya baca banyak perkara yg tidak baik boleh berlaku pada kandungan saya. Apa saya perlu buat ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang contoh. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya antibiotik dan paracetamol merupakan salah satu rawatan yang selamat dan sering digunakan terhadap pesakit yang mengalami radang tonsil (tonsilittis). Antibiotik adalah jenis ubat yang boleh mencegah pembiakan atau membunuh kuman. Paracetamol pula merupakan ubat yang mempunyai sifat antipiretik (menurunkan suhu) dan analgesik (meredakan sakit).
Untuk pengetahuan anda juga, penyakit radang tonsil yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti
- jangkitan telinga tengah
- demam reumatik
- peritonsillar abscess
- meningitis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.