Sulit
3 tahun
Tonsil mengeluarkan cecair bewarna putih seperti nanah apabila ditekan
Hi doctor, tonsil saya sebelah kanan bila dipicit ada cecair berwarna putih yang keluar… bila cuba dipicit di sebelah kiri pulak tiada pun cecair tu… Saya setiap malam sakit tekak. Tonsil saya keluar cecair tu mula dari bulan 3/2021 sampai sekarang 8/2021 masih ada. Apa saya perlu buat ye dokter? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah keluaran cecair daripada tonsil sebelah kanan dan sakit tekak. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala sakit tekak dan keluaran cecair daripada tonsil boleh disebabkan oleh perkara-perkara seperti yang berikut :
- Tonsilitis
- Peritonsillar abscess
- Batu tonsil
- Tonsillar cellulitis
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat disiasat dan anda dapat diberikan rawatan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.