
Sulit
5 tahun
Ulser di bahagian alat sulit
Hi Dr…sy seorang wanita dan berusia 32 tahun serta telah berkahwin.sy mengalami ulser di bahagian alat sulit selama 5 hari.sy telah berjumpa dengan dr pada hari ke 3 dan dr telah memberikan ubat virless 800 mg(5 biji)serta arcylete cream yang agak memedihkan ketika disapu.Tetapi kesakitan yg sy alami tidak berkurang dan ulser agak banyak.Ianya amat pedih ketika sy membuang air kecil dan ketika terkena air .sekarang ia juga mengganggu pergerakan sy kerana terasa sakit dan pedih ketika berjalan. Boleh sy tahu berapa lama tempoh penyembuhan ulser tersebut dan adakah ubat lain yang boleh membantu mengurangkan rasa pedih tersebut dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan pengubatan yang anda terima, harus diketahui bahawa kedua ubat tersebut hanya bertujuan untuk mengurangkan kejadian outbreak herpes, tetapi ia tidak boleh menyembuhkan virus ini. Ubat antivirus seperti virless dan arcylete boleh membantu mempercepatkan masa penyembuhan luka anda dan mengurangkan kesakitan.
Bagi meningkatkan efektiviti, ubat boleh diambil pada tanda-tanda pertama wabak seperti rasa geli-geli, gatal, dan gejala lain-lain untuk mengurangkan sakit sewaktu outbreak .
Gunakan sabun yang lembut apabila mandi, usahakan mandi di dalam air suam, serta pastikan tempat yang dijangkiti bersih dan kering. Pakai pakaian kapas longgar untuk memastikan kawasan itu selesa
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.