Sulit
3 tahun
Ulser di lidah setiap bulan
Saya wanita dan berumur 23 tahun. Saya kerap mengalami ulser di lidah setiap bulan. Adakah normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadap iaitu ulser di lidah setiap bulan. Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser di dalam mulut. Antaranya :
- Kecederaan semasa menggosok gigi
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk info lanjut. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.