Sulit
3 tahun
Ulser mulut Dan pipi bengkak
Baru -baru ni saya alami ulser di bahagian belakang(tempat gigi bongsu Yang belum tumbuh), sebelum ni sebelah kanan Yang jadi tapi alhamdulillah dah hilang rasa sakit Dan sekarang di sebelah kiri pula, semalam saya cuxuk vaksin civid 19,pagi ini saya bangun pipi sebelah kiri saya bengkak, apakah punca sebenarnya?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kebengkakan pada pipi sebelah kiri setelah menerima vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan untuk masalah anda disebabkan oleh vaksin adalah dikhuatiri. Masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Penumbuhan gigi geraham bongsu
- Ulser mulut
- Jangkitan pada gigi
- Masalah gusi
- Kecederaan pada bahagain pipi
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor gigi untuk mengetahui punca masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.