Sulit
4 tahun
Ulser mulut melebihi 2 minggu
Saya seorang remaja berumur 18 tahun.Saya ingin bertanya tentang ulser mulut saya yg sudah 2 minggu lebih.Adakah perlunya saya pergi ke pusat perubatan utk buat pemeriksaan?Sbb saya juga agak takut utk pergi ke klinik/hospital buat masa sekarang.Jika disarankan utk berjumpa dgn doktor saya akan pergi kerana agak risau juga dgn masalah ulser sebegini.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ulser dalam mulut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- hubungan seks secara oral
Jika ulser tidak sembuh setelah melebihi 2 minggu, anda hendaklah merujuk masalah ini kepada doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.