Anonymous
3 years
Anak 11 tahun dtg haid hanya 1 kali
Anak saya datang haid untuk pertama Kali Bulan 3 Dan SMP sekarang Bulan 6 Masih tidak datang jadi lagi…apa Perlu saya buat
3 years
Selamat sejahtera kerana mengemukakan soalan.
Kami memahami bahawa anak anda mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.
Kami sedia membantu dan harap jawapan yang diberikan mengurangkan kerisauan anda.
Ianya normal untuk kitaran haid yang tidak teratur bagi seseorang yang baru sahaja mendapat haid.
Namun yang demikian, haid tidak teratur biasanya berlaku apabila terdapat pencelaruan hormon. Hal ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.
Antaranya :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Kami memahami kerisauan anda mengenai anak anda. Oleh itu, saranan kami bagi anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk siasatan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, harap jawapan ini membantu anda.