
Anonymous
4 years
Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
Doktor, sekiranya asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Ubat apa yg boleh kita ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.