Anonymous
3 years
Tekak rasa berangin dan rasa berdebar dan mual
Hi, saya ada GERD dan ada mengambil ubat PPi dexikant untuk mengawal simtom gerd.
tetapi sejak beberapa hari lepas simtom gerd saya kembali walaupun setiap hari mengambil PPi
saya merasa ‘burning sensation’ di bahagian tekak. rasa mual. dada tak selesa. rasa berdebar. dan badan terasa panas apabila disentuh tetapi suhu normal pada bacaan termometer
adakah ia berkait dengan COVid19? saya ada membaca bahawa mereka yg mempunyai masalah GERD lebih mudah mendapat virus ini. dan simtom simtom GERD sama dengan COVID19
terima kasih
3 years
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam mengalami pedih ulu hati dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala pedih ulu hati boleh berlaku disebabkan:
- GERD
- Gastrik
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
Akan tetapi, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Gejala sedemikian boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain dan memerlukan pemerhatian doktor sebelum kesimpulan dibuat.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini.
Sila klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih