Anonymous
3 years
I have a fast heartbeat problem. i also have a weak body problem and i feel the pulse in my neck throbbing
Assalamualaikum doktor umur saya berumur 18 tahun saya mengalami masalah jantung berdegup laju.Saya mudah pening,dan kerap merasakan badan lemah tidak bermaya.saya juga merasakan nadi di leher saya berdenyut2 seperti jantung saya yang sedang berdegup kencang.apakah tanda penyakit saya ?
3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah perasaan lemah, jantung berdegup laju dan nadi leher berdenyut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala ini boleh disebabkan oleh perlbagai perkara, antaranya
- masalah kegagalan jantung
- masalah hormon tiroid berlebihan
- anemia
- gula yang rendah dalam darah
Selain itu, pergerakan atau denyutan nadi di leher juga boleh menunjukkan sama ada seseorang mempunyai masalah kesihatan. Oleh itu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
Masalah jantung berdegup laju boleh berlaku akibat masalah kesihatan yang serius seperti penyakit tiroid atau masalah jantung seperti yang dinyatakan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.