Anonymous
4 years
Mengalami simptom gerd selama 4 hari
saya telah mengalami simptom gerd seperti panas kepala dan nafas,pening rasa terhuyung hayang,hidung kanan sumbat,mata kanan kabur sna berair,lump kecil d leher kanan bawah rahang,sakit tengkuk dan belakang,panas sekitar ulu hati dan agak berangin,sakit pinggang,mudah kesejukan dan mengigil dan jga cirit brot (2 kali selang sehari).sudah hampir 4 hari sy mengalami.saya ada mengambil ubat alucid namun agak kurang berkesan.saya pernah ke klinik dan menunggu tarikh ogds dari dktr d sna.Boleh tak doktor sarankn ubat yg sesuai dengan sakit yg saya rasakn tu?adakah esomeprazole sesuai?saya agak risau nak ke klinik d sebabkn kea covid d kota kinabalu yg masih tinggi.tq.
4 years
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Mengikut keterangan anda, gejala sakit perut yang dialami boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
boleh juga disebabkan oleh:
- gangguan organ pankreas
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- gangguan organ kardiovaskular
- gangguan paru-paru
Suhu tubuh yang naik turun biasanya diarahkan ke demam atau infeksi virus mahupun bakteria.
Mata kabur dan berair boleh disebabkan oleh rasa sakit atau sebaliknya, penyakit yang lebih kompleks seperti:
- rabun
- mata kering
- atau penyakit mata yang lain
Tekak yang tidak selesa, batuk, hidung tersumbat boleh dikaitkan dengan keradangan tekak, infeksi bakteria atau virus, resdung, atau gangguan refluks.
Lump dileher boleh dikaitkan dengan gangguan saluran limfa, gangguan tiroid, dan sebagainya.
Sakit tengkuk, pinggang juga boleh dikaitkan dengan infeksi bakteria atau virus yang mengakibatkan demam, disamping itu, keradangan yang sistemik seperti gangguan rematik, autoimmune disease, ataupun gangguan muskuloskeletal.
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.