Anonymous

3 years

Sakit kepala sampai gelap mata

Saya wanita bawah 20an ingin menanyakan sakit kepala kerap berlaku dan kadang sakit kepala tersebut rasa nak pitam atau gelap mata. Dan saya perlu berhenti dan menunggu sakit kepala tersebut hilang baru saya boleh melakukan aktiviti lain. Pada pendapat doktor adakah perkara yang saya sebutkan tadi adalah sakit kepala yang biasa atau selebihnya ? Terima Kasih

Dr Ramzdhan,

3 years

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kerisauan anda tentang gejala sakit kepala anda. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, jika anda sakit kepala sehingga gelap mata, anda seharusnya terus ke hospital bagi memastikan anda tidak menghidapi penyakit “Giant Cell Arteritis” yang boleh menyebabkan buta pada kedua dua belah mata anda.

Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara lain. Antaranya:

  • Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
  • Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
  • Migrain
  • Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
  • Sakit kepala sinus(Sinus headache)

Oleh itu anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Jika masalah anda berterusan, teruslah berjumpa doktor.

Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur
  • Pitam
  • Sawan
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

national-cancer-institute-DK--4VWK1tw-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.