Anonymous
3 years
Keguguran kandungan 5minggu
kandungan saya 5minggu dan saya mengalami keguguran perlukah saya berpantang ? sebab sekarang sya sedang bkerja .
3 years
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Wanita yang mengalami keguguran tidak terkecuali untuk diarahkan berpantang.
Mengikut amalan nenek moyang dahulu, cara berpantang selepas keguguran adalah sama dengan penjagaan ibu selepas bersalin. Dari segi pemakanan, cara berpantang bagi wanita yang gugur lebih kurang sama dengan ibu lepas bersalin. Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh makan makanan yang berangin seperti rebung dan pucuk ubi, makanan yang menjalar seperti labu dan timun serta buah-buahan sejuk dan berangin seperti kuini dan cempedak. Selain itu, ibu gugur juga tidak boleh makan ikan yang berduri seperti ikan pari dan terubuk.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.