Anonymous

3 years

Muka tak simetri @ Muka senget sebelah

Saya mengalami masalah muka tak simetri @ muka senget sebelah selepas kejadian sakit gigi bongsu tak lama dahulu. Pipi sebelah kanan saya lebih berisi berbanding pipi sebelah kiri. Kedudukan kening, mata sebelah kanan lebih rendah berbanding sebelah kiri. Bibir juga lebih senget ke arah sebelah kanan. Bila mengambil gambar menggunakan kamera biasa, muka saya nampak sangat ketara. Ini membuatkan saya kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai. Apakah rawatan yang sesuai untuk saya? Adakah rawatan akupuntur boleh menyembuhkan muka saya? Saya berharap doktor dapat membantu saya. Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.

Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!

Umumnya masalah muka tidak simetri boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit, antaranya termasuk:

  • Gangguan saraf pusat
  • Bells palsy
  • Strok
  • Multiple sclerosis
  • Guillain-Barré syndrome
  • Ramsay-Hunt syndrome
  • Trauma saraf muka,
  • Penyakit autoimmune (i.e Sjogren’s syndrome)
  • Jangkitan HIV
  • atau penyakit lain yang memerlukan rawatan dari doktor

Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis, konsultasi dan preskripsi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :

  • pastikan makanan dibawa ke sebelah mulut yang selesa supaya makanan tidak keluar dari mulut
  • meletakkan satu pad atau tuala putih untuk menutup bahagian mata yang tidak tertutup sepenuhnya sebelum tidur
  • memakai kaca mata yang sesuai supaya tidak terkena habuk dan kotoran pada mata yang tidak boleh tertutup dengan sempurna di siang hari

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

gatal%20ori%203%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.