Anonymous

5 years

Saya tidak dapat tidur walaupun saya mengantuk

saya remaja perempuan berusia 19 tahun. saya mengalami masalah sukar untuk tidur sejak usia 18 tahun lagi saya tidak boleh tidur walaupun saya mengantuk. saya akan berjaga sepanjang malam dan akan tidur hanya waktu siang. saya rasa jantung berdebar setiap malam. saya juga selalu bersedih pada waktu malam. kadang kadang kaki saya rasa macam kejang. saya akan sakit kepala bila bangun pagi. saya sangat bersyukur bila saya dapat tidur walaupun 5 minit. saya ingin tahu tahap manakah insomnia saya ini.

Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Insomnia adalah suatu keadaan dimana seseorang individu mempunyai masalah tidur. Individu yang terjejas dengan penyakit ini akan mendapati diri mereka sama ada mempunyai kesukaran untuk tidur, kekal di dalam tidur ataupun rasa tidur yang tidak cukup dan puas. Tiada sebarang ukuran yang objektif bagi memastikan tempoh tidur yang cukup untuk manusia biasa walaupun secara umumnya kita dinasihtakan untuk mendapat tidur antara 6-8 jam sehari.

Penyakit insomnia ini berlaku apabila terdapat kekacauan di dalam tindakan mahupun penghasilan melatonin. Bahan kimia semulajadi ini bertanggungjawab bagi mengawal kitaran tidur normal untuk seseorang manusia. Sekiranya jumlah yang dihasilkan tidak cukup, atau pun terdapat masalah dalam fungsi melatonin itu, kitaran akan terganggu seterusnya membawa kepada masalah tidur.
Simptom-simptom yang biasa didapati dari individu yang terkesan dari insomnia ini adalah:

  • Kesukaran untuk tidur dan kekal di dalam tidur
  • Letih dan mengantuk pada siang hari
  • Menjadi pelupa dan tidak dapat berfikir dengan tepat
  • Menjadi murung, cepat marah dan resah
  • Mempunyai tenaga yang sedikit
  • Tidak mempunyai minat dalam melakukan sesuatu perkara
  • Sering menjadi cuai, mengakibatkan kemalangan yang boleh dielakkan dengan mudah
  • Sentiasa risau akan jumlah tidur yang sedikit

Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah sukar tidur adalah:

  • Masalah tekanan emosi seperti kemurungan and anxiety atau stress
  • Banyak berfikir tentang masalah harian
  • Tabiat minum kopi atau minuman berkafien lain sebelum tidur
  • Jadual rutin harian yang sering berubah-ubah
  • Tabiat sebelum tidur yang tidak sihat seperti menonton TV atau menggunakan gajet terlalu lama
  • Makan terlalu banyak pada waktu malam
  • Ubat-ubatan

Adakalanya, perkara yang dinyatakan ini boleh menjadi sangat serius sehingga menjejaskan kualiti kerja dan hubungan dia antara penghidap insomnia dan orang di sekelilingnya.
Adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan untuk situasi ini.

sweaty-hands-tangan-berpeluh

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.