
Sulit
3 tahun
ACL( Anterior Cruciate Ligament )
saya sudah kena ACL pada tahun 2017 dan sekarang saya mahu membuat pembedahan . bolehkah saya membuat BEAR ACL REPAIR ? pada tahun 2017 umur saya 13 tahun dan sekarang 17 tahun . Adakah bear acl repair mempunyai syarat untuk melakukannya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pembaikan ligamen anterior cruciate (BEAR) yang dipertingkatkan jambatan menggabungkan pembaikan jahitan ligamen cruciate anterior (ACL) dengan perancah matriks ekstraselular tertentu (perancah BEAR) yang diletakkan di celah antara hujung ACL yang koyak untuk memudahkan penyembuhan ligamen.
Rawatan ini hanya boleh disyorkan kepada seseorang selepas melihat keadaan lutut dan menjalankan beberapa ujian seperti x-ray.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.