
anglemyemmi84
5 tahun
Bacaan paras gula yg normal ketika hamil
Saya berusia 35 tahun dan mempunyai diabetis yg kena cucuk insulin…saya juga hamil ank keempat 9 minggu…kadang2 waktu malam saya suka jadi demam…bila cek bacaan gula saya dlm lingkungan 5 atau 6.4…adakah demam disebabkan gula tinggi…dan adakah bacaan gula itu tinggi dlm darah…saya dapat diabetis masa mengandungkan anak ke 3…dan lekat diabetis smpai sekarang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebetulnya, bacaan gula sebelum makan haruslah 5.3 mmol/L, 1 jam setelah makan 7.8 mmol/L, dan 2 jam setelah makan sebanyak 6.7 mmol/L.Sukar untuk ditentukan apakah bacaan gula anda tinggi atau tidak tanpa mengetahui jam pengambilan insulin dan jam makan anda.
Merujuk kepada demam, sebetulnya diabetes tidak menyebabkan demam. Demam adalah gejala yang muncul apabila tubuh badan kita bereaksi terhadap sesuatu asing seperti jangkitan kuman dan virus. Seandainya demam terjadi, ada baiknya anda memeriksa menggunakan termometer. Suhu normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃. Sekiranya suhu anda melebih 37.5℃ maka anda boleh dikatakan demam dan sebaiknya merujuk ke doktor untuk dilakukan perawatan lanjut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih