Sulit
2 tahun
Badan panas tapi bukan demam
Hello doc,
Saya nak tanya, kenapa badan saya mcm warm2 je ya? Kalau suami pegang sy, mesti dia akan kata sy panas, tapi sy tak demam, masih boleh buat tugasan rumah.Adakah itu normal?sy ad ambil ubat hormon dan sy ada terbaca yg pengambilan ubat hormon salah satu punca. Adakah benar?
Bibir sy kering, sy fikir mungkin sy kekurang air,sbb badan sy jd warm2 tapi sy dah mnum air kerap pon still warm2.
Boleh doc beri explaination faktor badan kite jadi warm/panas selain dari kekurangan air?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,kondisi badan panas tapi tidak demam dapat disebabkan oleh banyak hal. Tidak melulu penyakit, tanpa disedari gaya hidup dan faktor lingkungan juga dapat meningkatkan suhu tubuh.
Tergantung dari penyebabnya, badan panas tapi tidak demam dapat disertai dengan gejala lain, seperti kulit iritasi hingga keringat berlebih. Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab dari kondisi ini. Antaranya ialah :
- Aktiviti senaman yang berlebihan
- Minuman berkafein yang banyak
- Gangguan cemas
- Hipertiroidisme
- Diabetes
- pengambilan ubat-ubatan tertentu (contohnya : pil hormon,ubat analgesik,ubat psikiatrik)
- Faktor usia
- Menstruasi atau hamil
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.