Sulit
2 tahun
Anak mengalami demam panas
Hello doc…anak saya berusia 2tahun 3bulan… dia mengalami demam panas sudah beberapa hari… tapi anak saya langsung tidak mahu makan walau sedikit pun…adakah itu perkara biasa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda. terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan dibuat tentang masalah yang anak anda .
Namun demikian,secara umumnya,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala yang anak anda alami. Antaranya ialah:
- Infeksi bakteria (biasanya dikenali sebagai Pneumonia)
- Infeksi virus
- Asma (disebabkan oleh allergen seperti debu)
- Penyakit kawasaki (demam tempoh 5 hari, permukaan lidah kelihatan seperti buah strawberi,ruam pada kulit,bengkak gelenjar limpa)
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.